25 January 2012

bila hati dah sayang..

Asslamualaikum.. Salam Sejahtera..


firstly, thanks pada semua yang follow blog along nie.. tekezut jugak tengok tadi.. dah ada 18 orang.. sebenarnya blog nie baru lagi.. along ada target sendiri untuk blog nie.. tapi tinggi sangat target tu.. huhu.. ermm, macam along cakap.. blog nie banyak cerita jiwang.. entry kali pun jiwang jugak.. hehe

tadi along terserempak dengan kamen rider.. masa tu along baru balik dari bilik IT.. terserempak dengan dia dekat dataran.. hanya pandangan kosong yang mampu along berikan.. sebab along tau kalau along senyum pada dia, pasti hati along juga yang akan terluka..

along taknak hati along menangis lagi.. cukup la dulu-2 hati along menangis sebab kehilangan insan yang paling bererti dalam hidup along.. along taknak ianya berulang lagi.. better along pendam je perasaan along nie.. macam lagu Shahir tu la.. huhu

nota kaki :: merepek meraban jap.. otak blur dengan assignment.. :p

24 January 2012

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


blog along lagi best dari blog uncle ben sebab ::
  • blog along blog remaja. :p
  • banyak cerita jiwang kot. almaklum la, jiwa muda. :p lagi sekali
  • setiap entry blog along mosti ade gambar. haha
  • entry serabut. ikut mood la kan?
  • blog along simple jek. xde nak suruh klik iklan ke ape. :p
  • blog along ringan jek. tak sampai 10saat nak loading. 
  • blog along nie baru lagi. tak sampai seminggu kot.
tujuh cukup la kan? kang lebih-2 terasa lak uncle ben. haha.. peace yaw!!

nota kaki :: kalau nak join, klik sini yer..

leave it to Allah..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.
Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,
Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
I’m sorry but I love you ..
 
selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita dalam keadaan teruji. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkeliru. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terluka. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkilan. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan tahap kesabaran kita menipis. dan selalunya orang yang kita sayang itulah yang hadir bila kita memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan..

nota kaki :: andai ada jodoh antara kita, biar jauh kita tetap bersama..

22 January 2012

bila aku jatuh cinta..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


 ya Allah..
jika hambaMu ini bercinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan 
cintanya kepadaMu
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu

ya Muhaimin..
jika hambaMu ini jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh
hati seorang insan
yang hatinya bertaut padaMu
agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu

ya Rabbana..
jika hambaMu ini merindu
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid
di jalanMu

ya Allah..
jika hambaMu ini
menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu

ya Allah..
jika hambaMu ini
jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan diriku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu

amin ya rabbal alamin..

21 January 2012

lagu tika ini..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

20 January 2012

kerana cemburu..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

along sebenarnya tak suka sangat nak perkatakan tentang hal cemburu nie.. tak best la kan.. walaupun orang cakap cemburu tandanya sayang, tapi ada jugak cemburu akhirnya kecundang.. ye la, dah cemburu kan.. last-2 bergaduh.. tak ke malu macam tu.. ish-3..

benda nie pernah jadi depan mata along.. siapa, bila dan di mana tu biarlah along rahsiakan.. tak best la kan nak bukak aib orang.. along up cerita nie cuma sebagai peringatan untuk along jugak.. bimbang berlaku tanpa disedari.. sama-2 la kita ambil iktibar..

boboi dengan gegurl nie dah lama couple.. ada la dalam tiga tahun macam tu.. si boboi nie pulak rapat dengan member baek si gegurl.. sebab boboi suka bertanya tentang gegurl pada dia.. hinggalah suatu hari boboi dan gegurl ditakdirkan berpisah sebab si gegurl nie ada orang lain..

si boboi masih lagi berkawan baek dengan member si gegurl.. si gegurl pulak cemburu.. macam-2 benda yang tak elok dia cerita dekat semua orang.. sampaikan member dia dah tak tahu nak buat apa.. ke sana di tolak, ke sini di sepak.. hanya kerana fitnah yang dirasuki cemburu oleh sahabat sendiri..

 sekarang, gegurl dah tak mesra seperti dulu.. sedang member dia berusaha mengembalikan kenangan mereka bersama.. si gegurl tetap menyalahkan member dia atas kerosakan hubungannya dengan boboi.. adilkah begitu sedangkan gegurl sendiri tahu yang cinta boboi hanya untuk dia dan member dia tu dah ada yang punya..

kesimpulannya, cemburu itu berpada-pada.. nanti diri sendiri binasa.. nanti hati sendiri terluka.. nanti jiwa sendiri tersiksa.. along? cemburu? mesti la.. along cemburu tengok member-2 along balik kampung.. along balik rumah member je kat paya rumput.. dapat ajakan ke kuala terengganu dari sorang member.. tapi mengenangkan assignment yang tak siap lagi, along terpaksa tolak ajakan tersebut..

nota kaki :: esok dah nak balik kolej.. malas kot nak cuti lama-lama..

belajarlah..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

BELAJAR.. kata dasar bagi belajar adalah AJAR.. pada along, belajar nie adalah memahami sesuatu yang baru.. memahami perkara yang tak pernah atau kurang difahami sebelumnya.. kita hidup nie umpama sebuah perjalanan dalam pembelajaran.. kita akan konvo di akhirat nanti..

sebenarnya, masih banyak benda yang along tak tahu.. masih banyak yang along perlu belajar.. along naif, innocent.. along mengaku, otak along tak matang.. kawan-2 sendiri cakap yang along tak layak berusia 19tahun 2012 nie sebab along naif.. namun along bukanlah naif dalam semua hal.. along cuma naif dalam bab cinta.. 

zaman persekolahan along, along lebih kepada pelajaran dan kawan-2 along.. walaupun ada ketikanya along terabai sebab diorang sibuk dengan pakwemakwe, along tetap cool.. tamat persekolahan, along tak kerja.. tak dapat kebenaran dari orang tua.. bulan september 2011, along join satu program..

along jumpa sorang mamat yang buat along teringat dia selalu.. along tak tahu apa makna semuanya tu.. along selalu berdoa tiap kali lepas solat supaya along dapat lupakan dia.. sebab along tak kenal sangat pun dekat dia tu.. dan Alhamdulillah along dapat lupakan dia..

sekarang along dah masuk IPT.. memang besar cabarannya.. kalau along salah pilih, confirm hidup along akan melencong.. sebab tu along kena berhati-hati pilih kawan.. walaupun diorang semua dah ada yang bercinta sesama rakan kelas, along cuba untuk tidak jadi seperti mereka.. InsyaAllah..

nota kaki :: belajar tidak semestinya di sekolah..

coretan pertama

Assalamualaikum..

hmm.. nie adalah coretan pertama untuk blog kedua along.. blog nie lebih kepada kisah peribadi along.. kisah yang mungkin hanya along dan DIA yang tahu.. along nak jadikan blog nie sebagai diari along.. mungkin bukan setiap hari blog nie di-update.. namun jika ada kelapangan, along akan cuba update..

sekarang along agak sibuk dengan pelajaran along.. almaklum la, pelajar kan.. memang dah jadi tanggungjawab untuk belajar.. oke, abaikan.. along pun pening.. hehe.. tujuan along buat blog nie along dah nyatakan kat atas.. sebab yang utama adalah along nak lakarkan semua kenangan along kat laman nie.. untuk dijadikan kenangan pada masa depan..

Alhamdulillah, sepanjang along kat Melaka nie, along dapat belajar banyak benda.. along dapat banyak pengalaman.. along dapat banyak kenangan.. walaupun ada yang pahit, along ambil benda tu sebagai sesuatu yang positif.. yang dapat mematangkan along.. yang dapat membantu along agar lebih berhati-hati..

nota kaki :: yeay!! ada diari baru..