25 February 2012

i need you..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

along rindu dia.. along nak berada di sisi dia saat nie.. along nak berada dalam dakapan dia.. sungguh, along sayang dia.. along memang manja dengan dia.. sebab dia sayang along.. dia tak pernah marah along.. nak pukul pun dia tak sanggup.. dia tatang along bagai minyak yang penuh..

along sayang sangat dekat dia.. sebab dia dah beri segalanya pada along.. kasih sayang dan didikan agama yang cukup.. sejak along kecil, dia yang jaga along.. ibu dan abah pun tak jaga along macam tu.. sebab semua sibuk dengan kerja.. sebab tu along dibela oleh dia..

dulu, along selalu demam.. dia la yang setia menjaga along.. bila along merengek di tengah malam, dia dengan sabar melayan along.. along memang cucu yang manja.. bila sakit, macam-2 benda yang along mintak.. semua pasti diturutkan.. 

tapi.. sekarang along dah jauh dari dia.. dia di sabah dan along di melaka.. kalau diturutkan kehendak hati, mahu saja along pulang ke pangkuannya saat ini.. tok, along rindu tok.. dulu, tok selalu bancuhkan along milo ais.. bila along demam, along selalu mintak tok panggangkan ayam..

sekarang along demam.. along rindu saat tok jelum kepala along.. along rindu saat tok mandikan along dengan air yang dicampur tempurung kelapa yang di bakar.. along rindu tok.. hampir tiga bulan along tak jumpa tok.. hanya mendengar suara di telefon sahaja..

kalau tok ada di sisi along saat nie, mesti tok dah bawak along ke klinik.. tok risau bila along demam.. bimbang lelah akan menyerang.. tapi sekarang, along hanya mampu makan panadol.. takda sapa yang nak bawak along pegi klinik..

along sayang tok!

nota kaki :: nak balik sabah!!

11 February 2012

"err.. nak helaian tambahan.."

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

5 Semarak, SMK Silabukan (2010)

teringat zaman along SPM dulu.. semangat gaban pegi sekolah.. sehari sebelum SPM bermula, sekolah kitorang buat simulasi SPM.. tapi subjek BM je.. buat la karangan yang tak berapa nak mantap.. mana taknya, otak melayang ke rumah yang tengah berkumpul saudara-mara.. huhu

esoknya, peperangan bermula.. pen melakar tinta di atas kertas.. kejap-2 along usha ke luar.. untung dok tepi tingkap.. bila otak kosong, pandang je kantin.. idea datang mencurah-curah.. bagai koko tumpah ke ladang gandum koko krunch.. oke, along skip cerita kat situ..

time paper Akaun, budak kelas along je yang datang.. sebab kelas along je yang amek subjek tu.. dan along adalah seorang pelajar yang lemah dalam bab kira-2 tu.. jujur cakap nie.. otak serabut bila tengok nombor banyak-2.. lepas tu nak kena buat akaun pulak.. feninn-2.. 

along tengok member-2 punya khusyuk jawab soalan.. along tengok kertas along.. eh, suci gila kertas along.. takda kesan pensel atau pen kat situ.. hoyeahh!! tak jawab lagi rupanya.. dah 15minit berlalu.. along pun bukak la kertas soalan.. laaaa, apa kejadah soalan nie.. daku bertanya sendiri..

setengah jam sebelum masa tamat, along dah siap jawab semua.. well, along memang suka menembak dan memanah jawapan exam.. haha.. dek kerana rasa boring, along usha member along yang duduk kat meja hujung.. "pssst-2. dah siap ke?" along bertanya tanpa suara.. "ada apa?" soal pengawas peperiksaan..

"err, nak helaian tambahan.." jawab along.. muka time tu jangan cakap la.. cuak gila.. kalau dirampas kertas jawapan along, memang perlu 5minggu lagi la untuk along siapkan semula.. dapat helaian tambahan, along guna dengan sebaiknya.. melakar beberapa lukisan indah di mata ikan puyu.. ntah apa-2 ja lukisan time tu.. boleh pulak lembu fire atromen..

keluar result SPM, seperti yang dijangka.. subjek Akaun sekadar berada di atas kawat duri.. lepas pagar je.. begitu jugak dengan subjek kira-2 yang lain.. sendiri paham la kan.. malas nak cakap.. hehe.. so, kepada adik-2 yang nak amek exam tahun nie, tahun depan, tahun depan-2 dan seterusnya, jangan la jadi macam along ye.. wat malu je.. 

nota kaki :: time exam jangan la nak kacau orang.. dok diam sudahh~~

10 February 2012

BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


dah lama along tak update blog.. baru nak update, nampak pulak segmen uncle ben nie.. so, along join segmen dulu la.. hehe

lima blog baru yang along tau..
  • http://manssmile.blogspot.com/
  •  http://azwanajab.blogspot.com/
  • http://crazymazyphotoholicgirls.blogspot.com/
  •  http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/
  • http://coretanhatiwanie.blogspot.com/ 
lima blog lama yang along tau..
  • http://www.benashaari.com/
  • http://ctliyana86.blogspot.com/
  • http://azfar9897.blogspot.com/
  • http://www.lyssasecret.com/
  • http://gula-gulapelangi.blogspot.com/
nota kaki :: kalau korang nak join, klik sini ok..