11 February 2012

"err.. nak helaian tambahan.."

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

5 Semarak, SMK Silabukan (2010)

teringat zaman along SPM dulu.. semangat gaban pegi sekolah.. sehari sebelum SPM bermula, sekolah kitorang buat simulasi SPM.. tapi subjek BM je.. buat la karangan yang tak berapa nak mantap.. mana taknya, otak melayang ke rumah yang tengah berkumpul saudara-mara.. huhu

esoknya, peperangan bermula.. pen melakar tinta di atas kertas.. kejap-2 along usha ke luar.. untung dok tepi tingkap.. bila otak kosong, pandang je kantin.. idea datang mencurah-curah.. bagai koko tumpah ke ladang gandum koko krunch.. oke, along skip cerita kat situ..

time paper Akaun, budak kelas along je yang datang.. sebab kelas along je yang amek subjek tu.. dan along adalah seorang pelajar yang lemah dalam bab kira-2 tu.. jujur cakap nie.. otak serabut bila tengok nombor banyak-2.. lepas tu nak kena buat akaun pulak.. feninn-2.. 

along tengok member-2 punya khusyuk jawab soalan.. along tengok kertas along.. eh, suci gila kertas along.. takda kesan pensel atau pen kat situ.. hoyeahh!! tak jawab lagi rupanya.. dah 15minit berlalu.. along pun bukak la kertas soalan.. laaaa, apa kejadah soalan nie.. daku bertanya sendiri..

setengah jam sebelum masa tamat, along dah siap jawab semua.. well, along memang suka menembak dan memanah jawapan exam.. haha.. dek kerana rasa boring, along usha member along yang duduk kat meja hujung.. "pssst-2. dah siap ke?" along bertanya tanpa suara.. "ada apa?" soal pengawas peperiksaan..

"err, nak helaian tambahan.." jawab along.. muka time tu jangan cakap la.. cuak gila.. kalau dirampas kertas jawapan along, memang perlu 5minggu lagi la untuk along siapkan semula.. dapat helaian tambahan, along guna dengan sebaiknya.. melakar beberapa lukisan indah di mata ikan puyu.. ntah apa-2 ja lukisan time tu.. boleh pulak lembu fire atromen..

keluar result SPM, seperti yang dijangka.. subjek Akaun sekadar berada di atas kawat duri.. lepas pagar je.. begitu jugak dengan subjek kira-2 yang lain.. sendiri paham la kan.. malas nak cakap.. hehe.. so, kepada adik-2 yang nak amek exam tahun nie, tahun depan, tahun depan-2 dan seterusnya, jangan la jadi macam along ye.. wat malu je.. 

nota kaki :: time exam jangan la nak kacau orang.. dok diam sudahh~~

1 comment:

faq-roul said...

tahniah bakal kaunselor.