22 April 2012

La Tahzan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

La Tahzan.. Dont Be Sad.. Jangan Bersedih..

nak cakap benda tu memang senang.. tapi bagi yang merasainya, memang sukar untuk berkata ya.. kala kesedihan datang, hati menjadi selembut sutera.. mata begitu mudah mengalirkan air.. bukan bermaksud lemah.. bukan.. tidak sama sekali.. ia sebenarnya satu motivasi diri.. menambah kekuatan pada hati dan jiwa.. menangislah sepuasnya.. kerana ia mampu memberi ketenangan..

baru sebentar tadi along mengalirkan airmata.. bukan kerana lemah.. bukan kerana resah.. bukan kerana susah.. tapi kerana rindu.. hati benar-2 merindu pada dirinya dan mereka.. tak tahu kenapa.. sejak kebelakangan nie along selalu teringat dekat arwah abah.. dah hampir sepuluh tahun abah pergi.. tapi along rasa abah masih ada menemani along..

sejak kecil lagi along tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah.. sekadar menumpang dibawah kasih atok yang setia menemani.. bila atok pergi, along merasa kepincangan yang amat ketara.. namun along sedar, hidup perlu diteruskan.. along membesar bersama nenek yang tak jemu menjaga along.. tak pernah lelah melayan kerenah along.. 

kini, along sedang menghadapi peperiksaan akhir untuk semester nie.. iringan doa dan restu dari nenek amat along perlukan.. insyaAllah, 2hb Mei nie dah tamat peperiksaan.. dan 8hb along akan pulang ke Sabah.. melunaskan rindu kepada mereka yang selama ini dirindui..


nota kaki :: raub, tunggu along taw. 4hb nanti along datang.

No comments: